pesan untuk bagi yg merasa jadi ANAK
DARI SAHABAT''
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. Bila ayah
kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. Bila mak minta kita
pulang, kita jawab kita belum lapang. Bila ayah minta kita singgah, kita
jawab kerja kita belum selesai. Bila hati kita terguris, kita kata “Mak
memang tak pernah faham”. Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah
memang tak ambil kisah”. Tetapi: Bila hati mak kita terguris, mak kata
“Tak apa, dia masih muda”. Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak
apa, belum sampai akalnya”. Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari
bagai hilang kaki. Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang
mata bagaikan tiada lena. Bila kita sedih kerana gagal, mak setia
membekalkan cekal. Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia
tetap bangga. #Ingatlah kedua-dua ibu bapa kita. Anak yang soleh dan
solehah sentiasa mendoakan dan mengingat ibu bapanya. Sesungguhnya
anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.
Dan ingatlah sama yang di sekeliling, kerana juga bahagian dari kita.
Adakah salah pada ibu bapa.....!?
Lahaulawalakuwatailabillahi.
No comments:
Post a Comment