Thursday, December 20, 2012

Debat masalah Mut'ah ..Syiah -Sunny



  • Khilafah Empiror Jawab: nikah mut’ah adalah haram dan bathil jika terjadi berdasarkan hadits yang diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim Rahimahumallah dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu ‘anhu. Al-Bukhari dalam Kitab Al-Hiyal (6560) dan Muslim dalam kitab An-Nikah (1407), juga terdapat dalam Sunan Tirmidzi dalam kitab An-Nikah (1121), Sunan An-Nasa’i dalam kitab Ash-Shaid wa Adz-Dzaba’ih (4334), Sunan Ibnu Majah dalam kitab An-Nikah (1961), Musnad Ahmad bin Hanbal (1/79), Muwaththa’ Malik dalam kitab An-Nikah (1151), Sunan Ad-Darimi dalam kitab ¬An-Nikah (2197), “Bahwasanya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam melarang jenis pernikahan mut’ah dan (melarang) memakan daging keledai Ahliyah pada hari Khaibar.”
    Dalam riwayat Malik 2/542, Ahmad (1/79, 103, 142), Al-Bukhari (5/78, 6/129, 2 30, 8/61), Muslim (2/1027, 1028 no.1407), Tirmidzi (3/430, 4/254, no.1121, 1794), An-Nasa’I, (6/125-126, 7/202, 203, no.3365,3367,4335,4336), Ibnu Majah (1/630, no.1961), Ad-Darimi (2/86, 140), Abdurrazzaq (7/501-502, no.14032), Abu Ya’la (1/434, no.576), Ibnu Hibban (9/450,453, no.4143,4145), dan Al-Baihaqi (7/201,202) “Beliau melarang dari jenis mut’atun nisaa’ (menikahi wanita dengan cara mut’ah) pada hari Khaibar.”
    Imam Al-Khattabi berkata, “Pengharaman nikah mut’ah berdasarkan ijma’, kecuali sebagian syi’ah dan tidak sah qa’idah mereka yang menyatakan untuk ‘mengembalikan perselisihan kepada Ali’, padahal telah shahih dari Ali pendapatnya bahwa nikah mut’ah telah dihapus hukumnya.”
    Imam Al-Baihaqi menukilkan dari Ja’far bin Muhammad (Al-Baqir) bahwa beliau pernah ditanya tentang nikah mut’ah maka beliau menjawab, “itu adalah perbuatan zina.”
    Demikian pula imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya dari Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahwa beliau bersabda. Lafazh hadits (yang akan disebutkan ini) juga diriwayatkan Ahmad 2/405-406, Muslim 2/1025, no.1406. Ibnu Majah 2/631, no.1962, Ad-Darimi 2/140, Abdurrazaq 7/504, no.14041, Ibnu Abi Syaibah 4/292, Abu Ya’la 2/238 no.939, Ibnu Hibban 9/454-455 no.4147, dan Al-Baihaqi 7/203. “Sungguh! Aku dahulu mengijinkan kalian untuk melakukan mut’ah dengan wanita. (Ketauhilah!) sesungguhnya Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat. Barangsiapa yang masih melakukannya hendaklah meninggalkannya dan jangan mengambil sesuatu yang telah ia berikan kepadanya (wanita yang dia mut’ahi).”
    Wabillahit Taufiq, wash shalallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Shahbihi wa Sallam
  • Khilafah Empiror BAIKLAH MAKA THREAD INI DIANTARA SAYA DGN ENCIK HYTE TELAH DIBATALKAN LALU SAYA MENGANGGAP ENCIK HYDE TIDAK DAPAT MENJAWABNYA MELAINKAN DENGAN BERPUSING2 HUJJAH YANG LAIN DENGAN PENUH EMOSI DAN RIAK TIDAK MAHU MENGAKUI KEDHOIFAN TTG MENGUTARAKAN HUJJAHMENGENAI HUKUM SYARA'YANG TELAH DIPERBAHASKAN DISINI ,SEGALA PERSOALAN BARU TIDAK AKAN DILAYAN KERANA SOALAN SEDIA ADAPUN TIDAK MAMPU DIBAHASKAN DENGAN CARA ILMIAH OLEH ENCIK HYDE.ADA DALIL DIPUSINGKAN ATAU LEMPAR DIDALAM LONGKANG ( MAAF JIKA ENTA MALU DENGAN PERNYATAAN ANA).KITA SENTUH BAB TERJEMAHAN AYAT DARI SOALAN SAYA DIATAS INI....Firman Allah Ta’ala [ Surah An-Nisa'] ayat 24::

    ﴿ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاء إِلاَّ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاء ذَلِكُمْ أَن تَبْتَغُواْ بِأَمْوَالِكُم مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُم بِهِ مِن بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيماً حَكِيماً ﴾

    Ertinya::

    “Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki [ - iaitu hamba sahaya yang dimiliki dengan jalan tawanan dalam perang Sabil, yang suaminya tidak tertawan sama - ].( Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan ke atas kamu).Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.

    Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).

    Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama-sama oleh kamu (suami isteri), sudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya)....MELALUI AYAT ALLAH INI TIADA YANG MENUNJUKKAN TANDA2 MENGHALALKAN MUTA'AH DAN PASTINYA TIADA MUTA'AH YG DIHALALKAN DR SUDUT PANDANGAN ALQURAN YA'NI FIRMAN ALLAH,JADI TIDAK TIMBUL MANA2 SUNNI YANG SUDI MENASAKH AYAT YG SEMEMANGNYA TIADA MAKSUD YG MENYATAKAN PENGHALALAN MUTA'AH...LIHAT 3. PERBEZAAN TAFSIRAN ANTARA SYIAH DAN SUNNI

    GOLONGAN SYIAH::

    Golongan Syiah menafsirkan ayat di atas [ khususnya daripada "famastamta'tum bihi ... hingga ... faridhotan ] sebagaimana berikut::

    ( Menurut Syiah) Maka wanita-wanita yang telah kamu istimta’ dengan mereka, berikanlah kepada mereka upah mereka sebagai suatu kewajiban”.

    Menurut golongan Syiah, kita boleh istimta’ (iaitu bersenang-senang) dengan wanita asalkan dibayar upahnya, dan istimta’ itu ialah mut’ah menurut mereka.

    GOLONGAN SUNNI atau AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

    Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, ringkasnya Sunni atau ASWJ, berpegang bahawa nikah mut’ah itu sama hukumnya adalah, terlarang lagi haram.

    Erti ayat ke-24 Surah An-Nisa’ di atas bukanlah menghalalkan mut’ah, tetapi ayat yang berkaitan dengan soal nikah. Erti yang sebenar dari frasa ayat mulai dari “famastamta’tum bihi … hingga … faridhotan” itu ialah::

    “Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).“

    “Ujur” dalam ayat itu bukan bermaksud “upah” tetapi bererti “mahar” atau “mas kahwin“. Ini jelas diterangkan oleh ayat selepasnya iaitu ayat 25 Surah An-Nisa’::

    ﴿ وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ طَوْلاً أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن مِّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ وَاللّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُمْ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَانكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلاَ مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنْكُمْ وَأَن تَصْبِرُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴾

    Ertinya::

    Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba yang beriman yang kamu miliki.Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba sahaya itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula).Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut.

    Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan.

    Kemudian setelah mereka (perempuan hamba sahaya itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) siksa yang ditetapkan kepada perempuan-perempuan yang merdeka.

    ( Hukum perkahwinan ) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba sahaya) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan perempuan hamba) itu adalah lebih baik bagi kamu.

    Dan (ingatlah) Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani.

    Frasa ayat “fankihu hunna bi izni … hingga … bil ma’ruf” di atas jelas menyatakan::

    Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya, serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut.

    Di sinilah letaknya kesalahan golongan Syiah yang mana mereka menghalalkan yang haram kerana tersalah dalam menafsirkan erti “ujur” sebagaimana yang diterangkan sendiri oleh ayat yang lain (iaitu ayat 25 di atas, iaitu maskahwin).
    Sokongan ayat perlunya perkahwinan yang diredhai oleh Allah :====>وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ

    Allah telah menjadikan jodoh utk kamu dari jenismu sendiri, & Ia menjadikan utk kamu dari perjodohanmu itu anak-anak & cucu. (Al Qur’an Surat: An-Nahl: 72) SOKONGAN HADITH===> Ali bin Abi Thalbi sendiri telah mengharamkan nikah Mut’ah. Dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengharamkan menikah mut? ah dgn wanita pd perang Khaibar & makan himar ahliyah. (Hadis Riwayat: Bukhari & Muslim).

No comments:

Post a Comment