Monday, December 3, 2012

Zikir Sesudah Sholat Fardhu

Taaqibat Umum Selepas Solat Fardhu

January 12, 2011
Taaqib ialah satu perbuatan di mana kita duduk membaca al Quran atau doa-doa jaran Ahlulbait(as) selepas solat. Hukum membaca Taaqibat selepas solat ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat-sangat dituntut.
1. Imam al Baqir(as) telah berkata bahawa selepas setiap kali solat fardhu, tiada amalan yang lebih mulia dari Tasbih Fatimah Zahra, kerana jika ada, sudah tentu Rasulullah(sawa) akan mengajarkannya. Tentang  kelebihannya, insyaAllah saya akan tuliskan nanti. Tasbih Fatimah Zahra adalah seperti berikut.

Allahu Akbar x 34

Alhamdulillah x 33

Subhanallah x 33

Setelah selesai membaca Tasbih ini, akhiri dengan ucapan لاَ إِلٰهَ إِلاَّ ٱللَّهُ

2. Imam al Baqir(as) meriwayatkan bahawa seseorang yang duduk diam selepas solat dan membaca 3 kali  perkara berikut akan diampunkan segala dosa beliau:

Tasbih Fatimah Zahra ini sungguh banyak kebaikannya. Biarlah saya beri satu sahaja pendapat para Imam tentang zikir ini, ,menandakan kehebatannya di sisi Allah swt.
Diriwayatkan dari Imam Muhammad Baqir(as):”Tiada jenis ibadah yang lebih mulia dari Tasbih az Zahra(sa). Jika ada yang lbih hebat darinya, maka sudah tentu Rasulullah(sawa) akan mengajarkannya kepada Hazrat Fatimah(sa).’(Wasaaelush Shia , Vol 4 ms. 1024)
Selamat beramal. Salam wa rahmatollah.

No comments:

Post a Comment