Wednesday, December 12, 2012

Pengorbanan se org Ibu

Peristiwa berlaku semasa gempa bumi di Syiria

Seluruh pasukan bertungkus lumus mengalihkan timbunan objek yg menimpa wanita td. Ada seorang budak yg masih kecil dibalut dgn selimut di bawah mayat ibunya. Wanita itu telah membuat keputusan berkorban nyawa demi menyelamatkan anaknya. Semasa rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak kecil td masih tidur nyenyak ketika ditemui.

Doktor segera melakukan pemeriksaan ke atas budak kecil td. Ketika beliau membuka balutan selimut, dia menemui telefon bimbit dlm selimut bayi td. Tertera mesej ringkas pada skrin telefon; 

"Jika kamu masih hidup, kamu harus ingat bahawa Ibu sangat menyayangi kamu". 

Semua yg ada disitu merasa sayu dan sedih saat melihat ank kecil tersebut. Begitulah kasih ibu terhadap anaknya...

BERSYUKUR & SAYANGILAH IBU BAPA KAMU SELAGI ADA DAN SELALULAH DOAKAN KEBAHAGIAN & KESEJAHTERAAN MRK DUNIA DAN AKHIRAT

No comments:

Post a Comment